Tuesday, January 10, 2017

Selamat tahun baru!!! Gothenburg, Sweden

Salam dan "hai",

"HAPPY NEW YEAR 2017!!!!!!"

1 hingga 3hb baru-baru nie kami sekeluarga ke Gothenburg, Sweden.

Dulu, masa Easter holiday tahun 2012, Gothenburg ni lah destinasi pertama kami masa mula-mula sampai Norway.

Ha.. datang Norway bulan 10, 2011.  Bulan 4 2012 baru nak travel... punyalah lama.. hehe.

Tapi masa tu, ada Fazera aje.  Hujan je sepanjang hari selama 3hari disana..

Kali nie, tahun nie kami sekali lagi diberi kesempatan Allah untuk ke sana lagi.
Sebab ape tau??

Sebab.....

Autisme Malaysia FB group perkenalkan Zira dengan sorang ibu kepada anak autisme remaja iaitu kak Suzira 😉😉.




01012017
Sepanjang perjalanan kesana, alhamdulillah smooth and silky.  Kami menaiki NSB train dari Oslo jam 1petang... dan sampai di Gothenburg jam 4.45petang.
Aktiviti dalam train

Selesa :  familie Komfort




Oslo - Gothenburg

Highly recommended untuk family.. train memang a very good choice.  Sesiapa suka pemandangan.. ha bolehlah naik train.
Plus, train  ni ada free wifi jugak. So takdelah boring sangat 😉.

Masa kami sampai disana.. dah malam dah.. (winter:  siang pendek, malam panjang)..

Kalau ikutkan, tak banyak beza sangat dengan masa kami pegi tahun 2012 dulu... tapi ada jugela perubahan sikit.



Masa dalam tram nak kerumah kak suzira, Fazera (anak autistik Zira) dah mengantuk sangat-sangat. Letih agaknya.
Jadi, dia start buat "bunyi" yang pada sesetengah orang menjengkelkan.  Ada sorang omputih ni (tak pasti, Swedish kot), mula-mula tu duduk seat depan kami.  Tup-tup berubah ke coach lain.

Tapi, yang bagusnya  kat sini.....
Kalau tak suka.. takdelah pegi marah orang ke ape...
Kira ok la...
Lagipun, Scandinavian countries mementingkan "silent" & "peace".
Agaknya.. fazera bikin pencemaran bunyi kut pada dia? Hehehehehe 😉.

Sambil-sambil tu.. layan je fazera.. nyanyi-nyanyi dan sebagainya .
Sesampai je di rumah kak Ira..kami disambut dengan meriah.
Special nasik beriani dan sup utara lagi tauuu...
Seronok sangat!

Fazera agak cranky sikit, sebab rutin tidur dia terganggu sikit. Terlebih 1 jam daripada masa yang ditetapkan.
Tapi dia tidur lena.. alhamdulillah ☺.

Firzanah?
Dia happyyyy... syokla explore rumah.. menari.. jalan (guna lutut).. suka dia


02012017

Cuaca cerah... tapi sejuk tuu..
Kami keluar lepas zohor.. dalam jam 1petang camtu.

Kami sempat ke Slottskogen dan Nordstan.
Slottskogen nie sebenarnya Muzium tapi ada petting Zoo didalamnya.
Tapi..... 2hb hari Isnin.... semua muzium tutup.  Jadi... tak dapatlah nak masuk.
Ape lagi.. posing kat luar ler...




Setel kat sini.. kami terus ke Nordstan Shopping Mall di Bandar Gothenburg.
Tujuan kesini hanyalah semata-mata nak beli stoking ff dan tumpang toilet.. hehe.





Ramai sangat orang... "lively" la berbanding Oslo.  Shopping Mall ni antara yang terbesar di Sweden.  Tapi, di Stockholm ada yang lagi besar daripada ni.



Makanan asia dan restoren asia ada disini. Toiletnye free 🖒🖒.

Ada pertandingan main chess disini. Jaga-jaga... ramai pick-pocket kat sini!!!!
(Pesanan khidmat dari orang Swedish sini)



Setel beli barang, lepak jap kat Espresso House disini.
Dan kami pun pulang....
Dan berjumpa pula dengan Pak Berahim dan kak Amy ..rumahnya tak jauh dari rumah kak Ira.
Jalan kaki dalam 15 minit :).

Pada mulanya fazera tak nak jalan... tapi pujuk nyanyi.. ha baru ok.

Kami diberi kesempatan untuk bertemu dengan Malaysian di Gothenburg, Pak Brahim dan Isteri :) dirumah mereka tak jauh dari rumah kak Ira :).. 20 minit berjalan kaki.. 😉.


03012017
Hari kami pulang... :)

Kak Suzira dan Daniel hantar kami ke train Station dibandar Gothenburg.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil:












Setakat ni saje 😉.

Salam

Wednesday, December 28, 2016

nikmat rezeki - Norway

Salam dan "hai"..

Bertemu kembali ☺.


Kali nie nak share sikit tentang "rezeki" .

Seperti semua sedia maklum.. suami Zira ditimpa dugaan yang berat iaitu kene "VSS".

Walaupun nampak disitu "kurang rezeki"...
tapi Allah tak kurangkan untuk rezeki rezeki lain...

Haa..niie kisah benar nie.. hehe.. meh nak citer ☺.

Taktaulah nak kata... cuma hari-hari yang dilalui memang seronok dan lebih tenang ☺.. betui nieee..


Beberapa bulan berlalu lepas suami Zira kene VSS.
Tapi, kenapa kami masih di Norway ek? Kenapa tak pulang saje ke Malaysia?

Tuesday, December 27, 2016

Last day urut orang di Norway

Salam dan "hai" ☺

Tengahari tadi, pergi jual-jual barang yang dijual di group FB .

So, jumpa customer nie di Espresso Oslo S.  Bawak sekali dengan si tecik Firzanah...
Tertidor... mengantuk sangat Firzanah
Tapi mana fazera?

Firzanah nie, pagi tadi tak berapa sihat. Tantrum cranky.. sian dia. Mungkin perut tak selesa kot.
Fazera, hantar ke Kindergarten bagi bersosial dengan kawan-kawan.  Di Norway sekarang nie, ramai yang masih cuti Krismas.. so tak ramai yang ke Kindergarten.


Setel di Oslo S,  kami ke rumah salah sorang pelanggan tetap untuk berurut di Frogner Kirke.

Frogner Kirke, Oslo, Norway




Aimee, berasal dari Filipina dan bekerja sebagai Jururawat disini ☺.

Sempatlah menangis berpelukan sakan kami tadi.. hehe..

Hiba.. sebak semualah ..

"Azira, please don't go"

Berulang kali ayat nie disebut olehnya..

Namun apakan daya...

On the way pulang,




Singgah sekejap ke Coop Extra beli telur dan buah pisang kaki.




Coop Extra


Kalau diikutkan,

Sebenarnya suami zira dah lama kene VSS.
Kali pertama pada bulan Disember 2015.  Tapi, lepas 3 minggu, dipanggiø semula ke pejabat untuk bekerja...

Dan akhirnya bertahan hingga ke bulan 7.. (lepas tu VSS)
Lama kan?

Alhamdulillah..

Hinggalah ke harinie (27122016).

Mashaallah.. alhamdulillah..

Soalan suami kepada Zira:

Suami:  "apa yang Dear dapat/capai sepanjang setahun di Norway nie lepas tup-tup tetiba je sambung balik keje kat sini?

Zira:
(1)  dapat buat apa yang saya suka:  mengurut orang guna Urutan Melayu Tradisional

(2)  Jumpa ramai kawan-kawan baru dari Pelbagai Negara

(3)  dapat perkenalkan urutan tradisional melayu pada bangsa asing

(4)  lebih mengenali Islam, dapat banyak ilmu daripada group Usrah Pengajian Indonesia

(5)  share ilmu / dakwah tentang Islam pada non-muslim

(6)  baru tau... ramai norwegian yang pemurah dan baik hati... ikhlas nak tolong betul-betul..  alhamdulillah.

(7)  rasa susah dan share pengalaman bersama rakan-rakan tak kira bangsa dan agama.. hormat dan sangat ikhlas beri bantuan..

(8) SYUKUR

(9)  REDHA

(10) KETENANGAN

(11)  SAHABAT

Alhamdulillah ☺


Friday, December 23, 2016

Kenangan terindah - Norway

Salam dan "hai",
Bertemu kembali!...

Sorry... dah lama tak menulis.. isk isk.
Setiap ceritera dalam kehidupan kita nie.... ada pasang dan surutnya.

Setiap kali ada masalah..  mesti tertanya-tanya..
"Dimana silapnya?"
"Solat dah"
"Sedekah dah"
"Tolong orang dah"
"Doa dah"
"Solat Hajat dah"
"Solat dhuha dah"
....
Tapi masih takde JAWAPAN LAGI  untuk permasalahan kita..
Dimana silapnya?
Rådhuset, Oslo, Norway

Percaya tak.. pada Hikmah Allah?

Pada mulanya Zira sendiri pun macam takleh terima sangat-sangat dengan apa masalah yang berlaku lately nie.

Tapi.. bila kita REDHA, sikit-sikit Allah bukakan jalan..
Bagi idea...
Mudahkan berurusan dengan orang di Malaysia..
Dan macam-macam lagi..
Syukuurrr alhamdulillah...

Stortagata, Oslo, Norway

Hidup kita mesti ada satu KENANGAN yang takkan dapat dilupakan.

Untuk Zira, Norway dan orang-orangnya adalah 1 kenangan yang PALING TERINDAH dalam hidup zira..

Oh.. by the way, kami nak pulang dah ke Malaysia for good ☺.

5 tahun kat sini.. macam-macam berlaku.. dan sekaligus menjadikan Zira dan suami HARI INI.

Kisah Fazera anak autistik saya, dan kisah Firzanah fibular hemimelia akan diteruskan di tempat baru nanti insyaallah ☺.

Ljan, Oslo, Norway

Operation Firzanah, juga ditangguhkan ke bulan March 2017,
Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
Kami terpaksa pulang for good..
Insyaallah..
Allah ada untuk kami ☺.

Usrah pengajian Indonesian

Usrah pengajian indonesian

Xmas party makan nasi lemak di Rumah Richelle di Hemnes, Akerhus, Norwsy

Fazera gå på tur

22.12.2016.. last minute jalan-jalan di Xmas Market



Semua diatas nie....
Akan jadi kenangan terindah sampai bila-bila ☺.