Tuesday, January 10, 2017

Selamat tahun baru!!! Gothenburg, Sweden

Salam dan "hai",

"HAPPY NEW YEAR 2017!!!!!!"

1 hingga 3hb baru-baru nie kami sekeluarga ke Gothenburg, Sweden.

Dulu, masa Easter holiday tahun 2012, Gothenburg ni lah destinasi pertama kami masa mula-mula sampai Norway.

Ha.. datang Norway bulan 10, 2011.  Bulan 4 2012 baru nak travel... punyalah lama.. hehe.

Tapi masa tu, ada Fazera aje.  Hujan je sepanjang hari selama 3hari disana..

Kali nie, tahun nie kami sekali lagi diberi kesempatan Allah untuk ke sana lagi.
Sebab ape tau??

Sebab.....

Autisme Malaysia FB group perkenalkan Zira dengan sorang ibu kepada anak autisme remaja iaitu kak Suzira 😉😉.




01012017
Sepanjang perjalanan kesana, alhamdulillah smooth and silky.  Kami menaiki NSB train dari Oslo jam 1petang... dan sampai di Gothenburg jam 4.45petang.
Aktiviti dalam train

Selesa :  familie Komfort




Oslo - Gothenburg

Highly recommended untuk family.. train memang a very good choice.  Sesiapa suka pemandangan.. ha bolehlah naik train.
Plus, train  ni ada free wifi jugak. So takdelah boring sangat 😉.

Masa kami sampai disana.. dah malam dah.. (winter:  siang pendek, malam panjang)..

Kalau ikutkan, tak banyak beza sangat dengan masa kami pegi tahun 2012 dulu... tapi ada jugela perubahan sikit.



Masa dalam tram nak kerumah kak suzira, Fazera (anak autistik Zira) dah mengantuk sangat-sangat. Letih agaknya.
Jadi, dia start buat "bunyi" yang pada sesetengah orang menjengkelkan.  Ada sorang omputih ni (tak pasti, Swedish kot), mula-mula tu duduk seat depan kami.  Tup-tup berubah ke coach lain.

Tapi, yang bagusnya  kat sini.....
Kalau tak suka.. takdelah pegi marah orang ke ape...
Kira ok la...
Lagipun, Scandinavian countries mementingkan "silent" & "peace".
Agaknya.. fazera bikin pencemaran bunyi kut pada dia? Hehehehehe 😉.

Sambil-sambil tu.. layan je fazera.. nyanyi-nyanyi dan sebagainya .
Sesampai je di rumah kak Ira..kami disambut dengan meriah.
Special nasik beriani dan sup utara lagi tauuu...
Seronok sangat!

Fazera agak cranky sikit, sebab rutin tidur dia terganggu sikit. Terlebih 1 jam daripada masa yang ditetapkan.
Tapi dia tidur lena.. alhamdulillah ☺.

Firzanah?
Dia happyyyy... syokla explore rumah.. menari.. jalan (guna lutut).. suka dia


02012017

Cuaca cerah... tapi sejuk tuu..
Kami keluar lepas zohor.. dalam jam 1petang camtu.

Kami sempat ke Slottskogen dan Nordstan.
Slottskogen nie sebenarnya Muzium tapi ada petting Zoo didalamnya.
Tapi..... 2hb hari Isnin.... semua muzium tutup.  Jadi... tak dapatlah nak masuk.
Ape lagi.. posing kat luar ler...




Setel kat sini.. kami terus ke Nordstan Shopping Mall di Bandar Gothenburg.
Tujuan kesini hanyalah semata-mata nak beli stoking ff dan tumpang toilet.. hehe.





Ramai sangat orang... "lively" la berbanding Oslo.  Shopping Mall ni antara yang terbesar di Sweden.  Tapi, di Stockholm ada yang lagi besar daripada ni.



Makanan asia dan restoren asia ada disini. Toiletnye free 🖒🖒.

Ada pertandingan main chess disini. Jaga-jaga... ramai pick-pocket kat sini!!!!
(Pesanan khidmat dari orang Swedish sini)



Setel beli barang, lepak jap kat Espresso House disini.
Dan kami pun pulang....
Dan berjumpa pula dengan Pak Berahim dan kak Amy ..rumahnya tak jauh dari rumah kak Ira.
Jalan kaki dalam 15 minit :).

Pada mulanya fazera tak nak jalan... tapi pujuk nyanyi.. ha baru ok.

Kami diberi kesempatan untuk bertemu dengan Malaysian di Gothenburg, Pak Brahim dan Isteri :) dirumah mereka tak jauh dari rumah kak Ira :).. 20 minit berjalan kaki.. 😉.


03012017
Hari kami pulang... :)

Kak Suzira dan Daniel hantar kami ke train Station dibandar Gothenburg.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil:












Setakat ni saje 😉.

Salam

No comments:

Post a Comment